Cikgu Helen....dalam kenangan
Bintulu – Hari ini SK Orang Kaya Mohammad
diselubungi rasa kesedihan setelah menerima berita kematian Cikgu Helen Langi awal
pagi tadi. Cikgu Helen Langi merupakan salah seorang tenaga pengajar di sini,
telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.30 pagi tadi di Columbia
Hospital, Bintulu. Menurut suaminya, kali terakhir beliau dapat bercakap dengan
Cikgu Helen pada jam 3 petang semalam. Cikgu Helen yang telah mula menerima rawatan
di Columbia Hospital sejak 19 Januari yang lalu.
Selepas habis kelas tengahari
tadi, sebilangan besar rakan-rakan guru telah meluangkan masa untuk berziarah
ke rumahnya di Kidurong. Kami dapat bertemu dengan pihak keluarganya dan mengucapkan
takziah di atas dugaan ini dan mohon banyak-banyak bersabar.
Bagi pihak kami, guru-guru SK
OKM, kehilangan ini merupakan satu kehilangan yang besar kerana Cikgu Helen Langi
merupakan kakitangan yang banyak menyumbang untuk pembangunan sekolah, terutama
di dalam mendidik anak-anak di SK OKM. Namun demikian, ketentuan ilahi perlu
kita terima di atas suratan takdir ini. Bersabarlah wahai guru-guru SK OKM.
No comments:
Post a Comment