This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 17 July 2013

Persaraan cikgu Yeck pada 19 Mac 2013







Tuesday, 14 February 2012

SK ORANG KAYA MOHAMMAD KEHILANGAN GURU YANG BERDEDIKASI


Cikgu Helen....dalam kenangan

Bintulu – Hari ini SK Orang Kaya Mohammad diselubungi rasa kesedihan setelah menerima berita kematian Cikgu Helen Langi awal pagi tadi. Cikgu Helen Langi merupakan salah seorang tenaga pengajar di sini, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.30 pagi tadi di Columbia Hospital, Bintulu. Menurut suaminya, kali terakhir beliau dapat bercakap dengan Cikgu Helen pada jam 3 petang semalam. Cikgu Helen yang telah mula menerima rawatan di Columbia Hospital sejak 19 Januari yang lalu.

Selepas habis kelas tengahari tadi, sebilangan besar rakan-rakan guru telah meluangkan masa untuk berziarah ke rumahnya di Kidurong. Kami dapat bertemu dengan pihak keluarganya dan mengucapkan takziah di atas dugaan ini dan mohon banyak-banyak bersabar.

Bagi pihak kami, guru-guru SK OKM, kehilangan ini merupakan satu kehilangan yang besar kerana Cikgu Helen Langi merupakan kakitangan yang banyak menyumbang untuk pembangunan sekolah, terutama di dalam mendidik anak-anak di SK OKM. Namun demikian, ketentuan ilahi perlu kita terima di atas suratan takdir ini. Bersabarlah wahai guru-guru SK OKM.

Sunday, 24 July 2011

Gambar persekitaran sekolah

Perkarangan tempat letak kereta.

Rumah Hijau

Pemandangan Hadapan sekolah

Bangunan lama yang sentiasa dipelihara

Tapak permainan pra sekolah


Bangunan Pra C

Bangunan Pra Baru








Sejarah SK. Orang Kaya Mohammad Bintulu.


SEJARAH


         SK Orang Kaya Mohammad mengikut sejarahnya telah wujud sejak 99 tahun yang lalu. Sekolah ini telah dibina oleh Kerajaan Brooke pada tahun 1912 tetapi maklumat lengkap tidak dapat diperolehi. Sekolah ini pada tahun 1918 beroperasi dengan diterajui oleh seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Abdul Rahman bin Kassim dengan bilangan murid seramai 30 orang sahaja. Kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya pendidikan pada waktu itu menjadikan muridnya semakin bertambah, bangunan yang kecil itu tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai. Maka Kerajaan Brooke telah membina sebuah bangunan yang baru dan saiznya agak besar sedikit. Pada tahun 1922, bangunan ke tiga telah dibina. 10 tahun kemudian, sebuah bangunan baru telah dibina untuk menampung 130 orang murid dengan 2 orang tenaga pengajar. Gambar bangunan awal sekolah ini yang dibina sebelum tahun 1953 tidak dapat diperolehi.
        Tapak asal sekolah ini terletak berdekatan dengan Tugu Peringatan, di tengah-tengah Bandar Bintulu kini. Selepas Perang Dunia Kedua, dalam tahun 1946, bangunan sementara telah dibina oleh Kerajaan Sarawak di tengah-tengah Kampung Sinong bagi menggantikan bangunan lama yang telah rosak. Beberapa tahun kemudian, penduduk kampung berdekatan telah mengadakan beberapa mesyuarat yang diketuai oleh seorang pegawai bumiputera untuk mencari kata sepakat bagi  menambahbaikan bangunan yang agak usang ketika itu.Pada tahun 1952, satu Mesyuarat Agong telah diadakan yang bertujuan untuk membina bangunan sekolah yang baru dan kukuh untuk menampung bilangan murid yang berjumlah 200 hingga 300 
 orang.             
           Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abang Zainuddin bin Adi selaku Senior Native Officer, Bintulu pada ketika itu. Mesyuarat itu juga dihadiri oleh beberapa orang kenamaan tempatan. Dalam mesyuarat itu, satu keputusan telah dicapai untuk membina sebuah bangunan sekolah baru dan satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengutip derma dalam Daerah Bintulu bagi menampung kos perbelanjaan pembinaan bangunan tersebut. Jawatankuasa Pembangunan  ini dianggotai oleh:

Penasihat                    : Allahyarham Tuan Haji Abang Zainuddin Adi
Pengerusi                    : Allahyarham Tuan Haji Hashim Sulak
Setiausaha                  : Allahyarham Tuan Haji Wan Nong Chee
Bendahari                   : Allahyarham Tuan Haji Sheikh Aminullah
Ahli Jawatankuasa    : Allahyarham Tuan Haji Edris Haji Abdul Rahman
                                  : Allahyarham Tuan Haji Pengiran Dris Pengiran Berasap
                                  : Allahyarham Encik Enche Mahmud (Mamo’)
                                  : Allahyarham Tuan Haji Pengiran Edira b. Haji Abd. Karim

Pada 15.02.1953, bangunan yang telah dibina oleh Kerajaan Sarawak pun dirobohkan. Kerja merobohkan telah dibantu oleh penduduk-penduduk kampung secara sukarela dan diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Zainuddin Adi serta ahli –ahli jawatankuasa bangunan. Pembinaan bangunan baru pula diketuai oleh dua orang tukang kayu yang mahir pada ketika itu iaitu Allahyarham Tuan Haji Pengiran Karim dan Encik Enche Mahmud (Mamo’). Hasil kerja keras tersebut telah mendapat ganjaran dari penduduk kampong sebagai tanda terima kasih mereka di atas pembinaan bangunan baru tersebut. Sementara menunggu bangunan baru itu siap dibina, sesi persekolahan masih diteruskan.
Murid-murid ditempatkan di rumah Cikgu Masleh, rumah Tuan Haji Pengiran Hamzani dan di Court Melayu. Guru-guru yang bertugas pada ketika itu ialah:

1.      Allahyarham Tuan Haji Pengiran Jaya b. Pengiran Tajuddin (Guru Besar)
2.      Allahyarham Mohd. Deli Bujang (Penolong Guru Besar)
3.      Allahyarham Masleh Haji Wen (Penolong Guru Besar)      





 

BAGAIMANA SK. ORANG KAYA MOHAMMAD MENDAPAT NAMA

Kira-kira  1½  abad dahulu, Daerah Bintulu ini adalah di bawah jagaan Kerajaan Brunei. Sultan Brunei telah melantik beberapa orang tempatan untuk menjadi wakil dan ketua untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan daerah ini. Seorang daripada ketua-ketua itu ialah Mohammad bin Sungan. Beliau merupakan seorang ketua yang cerdik, amanah dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas-tugas beliau sehingga menjadikan Daerah Bintulu menjadi aman dan damai. Rakan-rakan dan penduduk tempatan menggelar beliau dengan nama “Orang Kaya” atau “Orang Kaya Pemanca Mohammad”.
Bagi mengenang jasa baik, sifat adil dan saksama sebagai seorang pemimpin serta menjaga kebajikan penduduk-penduduk di Daerah Bintulu, maka nama beliau telah diambil sebagai nama sekolah Melayu yang pertama dibina di Daerah Bintulu pada masa itu. Orang Kaya Mohammed School kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad.









Thursday, 14 July 2011

Hari Pemuafakatan Guru dan Ibu Bapa...

Ibu Bapa Menunggu

Murid-murid Tahun 6

Perihatin Masyarakat...

Sekolah memang daif bangunannya....

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk keceriaan.

Gotong royong PIBG , Alumni, Petronas dan badan-badan lain.

Pertandingan Spanduk sempena Maulidur Rasul.

Guru Besar Menerima Hadiah Kemenangan Pertandingan Spanduk...