Tuesday 14 February 2012

SK ORANG KAYA MOHAMMAD KEHILANGAN GURU YANG BERDEDIKASI


Cikgu Helen....dalam kenangan

Bintulu – Hari ini SK Orang Kaya Mohammad diselubungi rasa kesedihan setelah menerima berita kematian Cikgu Helen Langi awal pagi tadi. Cikgu Helen Langi merupakan salah seorang tenaga pengajar di sini, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.30 pagi tadi di Columbia Hospital, Bintulu. Menurut suaminya, kali terakhir beliau dapat bercakap dengan Cikgu Helen pada jam 3 petang semalam. Cikgu Helen yang telah mula menerima rawatan di Columbia Hospital sejak 19 Januari yang lalu.

Selepas habis kelas tengahari tadi, sebilangan besar rakan-rakan guru telah meluangkan masa untuk berziarah ke rumahnya di Kidurong. Kami dapat bertemu dengan pihak keluarganya dan mengucapkan takziah di atas dugaan ini dan mohon banyak-banyak bersabar.

Bagi pihak kami, guru-guru SK OKM, kehilangan ini merupakan satu kehilangan yang besar kerana Cikgu Helen Langi merupakan kakitangan yang banyak menyumbang untuk pembangunan sekolah, terutama di dalam mendidik anak-anak di SK OKM. Namun demikian, ketentuan ilahi perlu kita terima di atas suratan takdir ini. Bersabarlah wahai guru-guru SK OKM.